Sikap Gelojoh Najib Bakal Menghancurkan Barisan Nasional


Hang dok pikir pasal apa tu Najib?

Mungkin ramai kalangan cybertrooper Barisan Nasional sentap dan marah membaca tajuk di atas, bagaimanapun itulah hakikatnya… Najib terlalu tamak dalam mengejar kegemilangan hingga dia sanggup potong line pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan. Kenapa aku berkata sedemikian?

Jika kita lihat trend Najib kebelakangan ini suka umumkan pelbagai peruntukan untuk orang cina walaupun jelas semasa PRU 13, penolakan besar-besaran orang cina terhadap Barisan Nasional telah menafikan Barisan Nasional mendapat majoriti dua per tiga… Najib seolah-olah sedang syok sendiri mengejar nama kononnya beliau akan dipandang tinggi oleh kaum cina apabila menabur pelbagai peruntukan kepada kaum cina ini…

Kesilapan Najib ialah sepatutnya yang menyampaikan peruntukan dan bantuan kepada orang cina ini bukan beliau… Sepatutnya yang lakukannya ialah pemimpin MCA dan Gerakan sendiri… Apabila Najib melakukan sedemikian, maka pada pandangan orang cina, MCA dan Gerakan sudah tidak ada fungsinya lagi, apabila asyik Najib sahaja yang salurkan peruntukan… Ahli-ahli MCA dan Gerakan pula merasakan mereka sudah dipinggirkan oleh Najib…

Tun M kata nk handle Cina ni “ADA.CARAnya”.. itu yg pemimpin UMNO skrg kena pergi menuntut. Jgn jd bodoh sombong. Jumpa depan cakap lain, buat benda lain. Tak payah bayar consultancy fee berjuta2. FOC je..

Tun juga selama 22 tahun TANPA GAGAL beri peruntukan kpd SJKC/T/mubaligh, tokong/kuil dlm Bajet tahunan. Tp masih mampu dpt 2/3, Melayu/Cina/India majoritinya sokong. Itu yg perlu dikaji, KENAPA & BAGAIMANA.

Tun TANPA GAGAL hulur gak… tak penah dgr Cina komplen kata tak dpt…

Tun TANPA GAGAL gak tunjuk “sapa BOS”

Sbb tu xpenah dengar Tun umum bagi itu ini… apa fungsi MCA masa PRU/PRK?

La ni semua umum nk tunggu PM/TPM… org Melayu marah, org Cina tak pecaya MCA/Gerakan..

Smpi kat kuil Batu Caves pun panggil PM melayu pi umum… apa hal?

Cuba banding Samy Vellu / Ling Liong Sik / Lim Keng Yaik dgn pemimpin skrg dlm parti diorg..?

Kerajaan hari ini dah lah kerajaan Melayu Bumiputera tetapi tunduk kat mereka.

Sumber: SSTDM