Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah


CyWar Putrajaya mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua pengunjung blog ini tak kira kat mana korang berada…

Pagi ini CyWar akan berada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Maal Hijrah  peringkat kebangsaan di sana.

Apakah azam korang sempena tahun baru hijrah ini? Azam CyWar pada tahun baru hijrah ini adalah untuk terus berjuang mempertahankan Islam serta menentang kebatilan yang cuba menggugat kestabilan negara tercinta ini. Inshaa Allah…