JPJ Melaksanakan Sistem mySIKAP Sepenuhnya Hari Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia hari ini mula melaksanakan sistem komputer baru yang diberi nama mySIKAP secara menyeluruh kepada semua cawangan JPJ seluruh negara.

Sistem mySIKAP ini diperkenalkan bagi menggantikan sistem lama iaitu sistem SIKAP yang digunakan oleh JPJ sebelum ini. Penggunaan sistem mySIKAP ini membolehkan segala transaksi dan urusan dengan JPJ menjadi lebih lancar tanpa masalah.

Sehubungan dengan itu JPJ telah membuka sebuah Bilik Gerakan khusus untuk menangani masalah teknikal serta gangguan sistem mySIKAP ini bermula hari ini.

JPJ juga berharap kepada para pelanggan yang berurusan dengan JPJ hari ini agar dapat bersabar, sekiranya berlaku gangguan terhadap sistem JPJ.