Pemilihan UMNO Serupa Sahaja Dengan Pemilihan CEC DAP

Jika sebelum ini aku kerap menyerang ketelusan pemilihan CEC DAP. Jika sebelum ini aku kerap mengutuk pemilihan CEC DAP dilihat seperti mahu mengekalkan Dinasti Lim… Hari ini, aku terpaksa tunduk tanda kesal dan malu yang amat besar… Aku menyangka Pakatan Rakyat sahaja yang tidak telus dalam pemilihan mereka… UMNO juga dua kali lima dengan DAP… Pemilihan UMNO juga sama teruk dengan Pemilihan CEC DAP…

Adakah ini TRANSFORMASI yang dilaung-laungkan oleh Presiden UMNO yang mana mengarahkan calon-calon pilihannya sahaja diundi dalam pemilihan. Malah semasa pemilihan juga, perwakilan diarahkan untuk mengundi calon favorite Presiden UMNO… Malah lebih melucukan, UMNO masih mahu mengekalkan pemimpin yang terpalit dengan isu politik wang dan penglibatan dalam penyelewengan… Selain itu ada juga calon yang diarah untuk berundur dan menyokong calon pilihan Presiden…

Jika CEC DAP kita lihat mereka cuba mahu mengekalkan Dinasti Lim dan kroni-kroni… Maka serupalah dengan Pemilihan UMNO yang dilihat cuba mengekalkan kroni-kroni kesayangan Presiden UMNO… Malah kedua-dua parti ini juga sering melaung-laungkan DEMOKRASI dan PERUBAHAN… Tetapi kedua-duanya menghalang pemilihan secara DEMOKRASI dan membawa PERUBAHAN kepada parti…

Jika inilah gayanya, maka tepatlah jika dikatakan UMNO dan DAP sama sahaja… Dua kali lima… Lima kali dua… Kong kali kong… Aku percaya, pada PRU 14 nanti, parti ini bakal BERKUBUR tanpa nisan… Atau berkemungkinan akan ada ahli yang akan membuat laporan kepada ROS terhadap kepincangan pemilihan UMNO ini… Atau berkemungkinan juga akan tertubuh sebuah parti serpihan UMNO seperti mana Semangat 46 dulu…

Tidak terlambat untuk aku menyedekahkan Al-Fatihah kepada United Malay Nations Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu… Al-Fatihah…