Lokman Adam Gali Lubang Kubur Sendiri?

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Adam seolah-olah sedang menggali lubang kubur sendiri apabila menyelar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara terbuka mengenai kenaikan harga petrol baru-baru ini. Beliau menuduh kerajaan melanggar janji untuk tidak menaikkan harga bahan api petroleum, sedangkan tidak ada sebarang janji yang kerajaan berikan ataupun sebarang jaminan bahawa tidak akan ada kenaikan harga bahan api petroleum ini pada tahun 2013…

Adakah Lokman Adam merujuk pada kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang ini?

Lokman Adam perlu tahu, bahawa berita di atas adalah bertarikh 26 Februari 2008, jangan tertipu… Ianya keluar sebelum berlangsungnya PRU 12 pada 8 Mac 2008…

Mungkin Lokman Adam berasa syok sendiri, dengan menyerang kerajaan, ahli UMNO akan menyokong beliau? Lokman Adam perlu sedar, bukan begini cara meraih sokongan… Tidak cukup hanya bijak berpidato sudah cukup membuktikan boleh menggalas tugas Naib Ketua Pemuda UMNO? UMNO memerlukan orang yang boleh buat kerja, bukan hanya tahu menjaja air liur keliling Malaysia…

Satu-satunya calon yang boleh diperlukan untuk menggalas tugas ini ialah saudara Khairul Azwan Dato Harun atau Azwanbro…

Sumber:

K’jaan Langgar Janji Tidak Naikkan Harga Minyak