Penerangan Isu Kehilangan Aset Polis Di Raja Malaysia

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan Laporan Ketua Audit Negara sebagai ‘CULAS’ kerana tidak melaporkannya secara menyeluruh dan terperinci. Apa yang Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ada kebenarannya. Malah boleh dikatakan Laporan Ketua Audit Negara ini dibuat ‘ASALKAN ADA’… Tidak cukup penjelasan terperinci… Malah Polis Di Raja Malaysia turut terpalit dengan isu kehilangan aset seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Selepas meneliti Laporan Ketua Audit Negara berkenaan kehilangan aset PDRM dan selepas meminta pandangan dari Blogger Military of Malaysia, Shah Paskal, aku simpulkan di sini bahawa Laporan Ketua Audit Negara ini tidak menjelaskan secara spesifik punca kehilangan aset ini… Samaada ianya hilang atau rosak…

Menurut Shah Paskal, ada diantara aset seperti kenderaan Polis yang mengalami kemalangan yang teruk dan dianggap sebagai TOTAL LOST… Ada kenderaan Polis dilengkapi dengan walkie talkie, komputer, kamera serta radio… Dan kemalangan menyebabkan peralatan tersebut samaada rosak teruk akibat tercampak keluar dan mengakibatkan TOTAL LOST… Apabila ianya dianggap sebagai TOTAL LOST, ianya tidak dapat diperbaiki lagi. Ada kerosakan aset yang dilaporkan dan ada yang tidak dilaporkan. Itulah kelemahannya. Sebab itu Ketua Polis Negara tidak dapat menjelaskan secara terperinci.



Selain dari kemalangan kenderaan Polis juga boleh rosak akibat rusuhan sebagai contoh seperti yang berlaku semasa rusuhan penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu pada hujung tahun 2009. Ini disebabkan penyokong Kelantan gagal mengawal emosi kerana kecewa Kelantan tewas 1-0 kepada Negeri Sembilan… Sebagai menunjukkan rasa kecewa, mereka menterbalikkan kenderaan Polis dan membakarnya…


Selain rusuhan penyokong Kelantan, rusuhan semasa demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat juga telah mengakibatkan banyak kerosakan pada aset PDRM.





Selain tu kehilangan senjata api direkodkan berlaku antara tahun 2010 hingga tahun 2012. Perlu diingatkan, senjata api ini bukan hilang dalam jumlah yang banyak sekaligus. Banyak kes anggota Polis hilang senjata api semasa kemalangan atau disamun atau kecuaian sendiri. Sebagai contoh, pada Ogos 2013 dua seorang anggota Polis hilang pistol selepas kemalangan dan disamun. Kedua-dua kes berlaku di Shah Alam… Ini baru dua kes pada bulan yang sama… Tapi kes kehilangan senjata api direkodkan dari tahun 2010 hingga 2012…


KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dari Cawangan Jenayah Berat (D9) di sini kehilangan kad kuasa dan pistol dalam satu kejadian samun di Jalan Kuching di sini, awal pagi kelmarin.

Ketika kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur apabila dipintas sebuah kereta dinaiki enam lelaki.

Kumpulan itu kemudian menyerang mangsa sehingga patah tangan, selain cedera di kepala dan dada, sebelum melarikan barang peribadinya, termasuk pistol jenis revolver dan kad kuasanya.

Selain itu gari juga boleh hilang disebabkan ada banduan yang lari dalam tahanan serta hilang atau terjatuh semasa kemalangan.

Apa yang dijelaskan atas ini bukan satu penjelasan rasmi, tetapi sekadar pendapat dan penerangan terhadap kemungkinan yang berlaku. Sewajarnya Ketua Polis Negara tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bersifat kontroversi seperti ‘JATUH KE DALAM LAUT’ apabila gagal memastikan bagaimana aset itu hilang. Ini akan menimbulkan kesangsian rakyat terhadap PDRM. Sewajarnya PDRM berterus terang sahaja tanpa berselindung. Pastikan Bahagian Audit PDRM merekodkan secara terperinci setiap kerosakan dan kehilangan aset.