K-Pop – Kitol Cuba Jadi Hero Lagi…

Si Kitol cuba menjadi hero lagi… Kali ini pasal isu penganjuran konsert K-Pop semasa Hari Belia Negara 2012 yang lepas… Kononnya pakai duit KBS sepenuhnya… Kata Kitol…

Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012,

Betul ke ni Kitol? Atau hang main redah je… Jom kita tanya bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pulak…

Inilah wang tajaan yang diperolehi oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012. Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar KPOP pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM 1 juta 600 ribu adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan. Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS.

RM 20 Juta Wang Tajaan bagi menjayakan Hari Belia Negara dan ianya terbukti bahawa tidak ada Wang Rakyat dibazirkan sepertimana dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang hanya mengikut rumusan pendek laporan Pihak Audit Negara.

Moga Rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran sepertimana laporan Audit negara tentang pembelian mesin Scanner beharga RM14 Ribu seunit. Tetapi dalam isu Kementerian Belia dan Sukan ianya tidak pembaziran Wang Rakyat sebaiknya adalah Wang Tajaan dari syarikat Koporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara.

Pesan aku kepada Kitol… Jangan cuba jadi hero… Jangan berlagak pandai… Jika tak tahu, lebih baik senyap…

Pesan kepada Ketua Audit Negara, jangan buat kerja setengah siap… Ibarat melepaskan batok di tangga… Siasat dulu sebelum buat laporan… Jangan jadi BAHALOL…