Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) Diluluskan


Gelagat Pakatan Pembangang Yang Bangangnya Tak Sudah-Sudah

Akhirnya Rang Undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah, diluluskan di Dewan Rakyat tengah malam tadi.

Usaha Ahli Parlimen pembangkang untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan pada jam 12.50 tengah malam.

Majoriti yang menyokong adalah 115 dari 133 Ahli Parlimen Barisan Nasional termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin… Manakala 66 Ahli Parlimen Pakatan Pembangang menentang tidak termasuk Ketua Pembangang, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak hadir… Nampak sangat tak serius… Seorang dari Ahli Parlimen Barisan Nasional, iaitu Tan Sri Annuar Musa (Ahli Parlimen Ketereh) pula masih terlantar di Hospital Kuala Lumpur, kerana Denggi. Manakala seorang lagi Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen Rompin), dihantar ke Amerika sebagai Duta Malaysia Ke Amerika Syarikat… Bagaimanapun persoalan mengenai baki 16 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang tiada, di manakah mereka….?

16 Ahli Parlimen yang tiada ini, apakah alasan mereka berkenaan ketidak hadiran mereka? Sedangkan Perdana Menteri dan Timbalannya boleh hadir? Adakah mereka tidak mengambil iktibar berkenaan Belanjawan 2010 yang hampir tidak diluluskan Parlimen kerana ramai Ahli Parlimen tidak hadir yang mana seramai 66 ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong dan 63 ahli Parlimen Pakatan Rakyat menentang… Barisan Nasional hampir-hampir tumbang pada malam 15 Disember 2009 kerana kekurangan sokongan dari Ahli Parlimen Barisan Nasional yang gagal hadir… Syukur kepada Allah, pada bacaan kali ketiga barulah Belanjawan 2010 diluluskan Parlimen dengan perbezaan undi yang tipis… Jika tidak, pada malam itu Barisan Nasional sudah menjadi SEJARAH…

Bagaimanapun, dari maklumat dari seorang sahabat, Ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain hadir, tetapi sedang standby di dalam kabin BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional)… Menurut sahabat itu lagi, sejak peristiwa 2009 itu, Datuk Seri Shahidan Kassim (Ahli Parlimen Arau) dan Tan Sri Shahrir Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru) telah memantau kehadiran semua Ahli Parlimen Barisan Nasional bagi memastikan tidak ada yang ponteng sesuka hati… Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Razak, selaku Perdana Menteri Malaysia… Kini rakyat Malaysia sudah celik dengan perangai puak pembangang… eh silap… pembangkang…

Nota: Khabarnya Hishamuddin tak hadir, kerana sebok berkempen untuk pemilihan UMNO di Terengganu… Apa nak jadi la menteri ni… Tak caya, baca sini: Ahli Parlimen Sibuk Bahas “Prevention of Crime Act (PCA)” Di Parlimen @HishammuddinH2O Sibuk Kempen PAU Di Terangganu

Terima kasih saudara Nizam Rashid atas maklumat yang diberikan…