Al-Fatihah – Tan Sri Azizan Razak Meninggal Dunia

Mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi tadi di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Allahyarham merupakan Menteri Besar Kedah yang ke-10 selepas Datuk Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah.

Allahyarham menjadi Menteri Besar pada 9 Mac 2008 selepas kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.

Pada 16 Julai 2008, Allahyarham telah dikurniakan pingat Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri. Kemudian pada 1 Jun 2013 Allahyarham telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri. Allahyarham merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang menerima gelaran Tan Sri.

Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah dan mendapat tempat di kalangan hamba-hambaNya yang beramal soleh… Al-Fatihah…