Mahkamah Putrajaya Tangguhkan Kes Rayuan Kalimah Allah

PUTRAJAYA – Mahkamah rayuan sebentar tadi menangguhkan perbicaraan kes rayuan kerajaan Malaysia berhubung kes penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan ini dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersama Datuk Abd Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh.

Dengan keputusan itu,rayuan Kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan mahkamah tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman akan didengar pada hari yang ditetapkan.

Terdahulu, peguam Porres Royan mewakili Gereja Roman Katolik sementara empat orang mewakili sembilan perayu diketuai Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan pula dari pihak Kerajaan Malaysia.

-MySuara.Net