Kalimah Allah: Rayuan Kerajaan Diperdengar Di Mahkamah

Sekitar 400 hingga 500 orang berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman pagi ini bagi memberikan sokongan moral kepada barisan peguam yang berjuang mempertahankan kalimah Allah dalam pendengaran kes rayuan Kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Herald.

eXception yang turut berada di sana, sempat snap beberapa gambar bagi menggambarkan keadaan di sana. Amat mengecewakan sekali, tidak nampak seorang pun ahli PAS mahupun pemimpin PAS. Nampak sangat pemimpin PAS merestui penggunaan kalimah Allah oleh Kristian.


Sebahagian dari ahli Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut hadir



Antara blogger-blogger dari team Nadi Rakyat turut hadir membuat liputan.

Kain rentang dari UMNO yang menyatakan pendirian mempertahankan kalimah Allah.





Sebahagian rombongan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang berada di perkarangan mahkamah.
ISMA Seberang Perai turut mengedarkan risalah tentang ‘Ancaman Agenda Asing Terhadap Islam’

Ahli PERKIM juga turut hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya



Ahli PERKASA turut hadir menyatakan pendirian mempertahankan kalimah Allah.

Tok Him turut bersama-sama ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa yang lain di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Barisan peguam yang sedang berusaha mempertahankan kalimah Allah. Semoga Allah memberikan kemenangan besar kepada kita. Amin.

Perbicaraan ditangguhkan dan disambung semula jam 2:15 petang nanti. Lebih banyak maklumat akan dikeluarkan nanti.