RON 97 Naik 15 Sen Siapa Punya Kerja?

Ramai yang tertanya-tanya mengapa kerajaan tidak mengumumkan kenaikan petrol RON 97 pada 4 September yang lalu. Ini kerana, kenaikan petrol RON 97 bukan di bawah bidang kuasa kerajaan lagi. Jadi, siapakah yang bertanggungjawab menaikkan harga RON 97 ini? Jawapannya ialah…

Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia

PDAM (Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia) dikatakan cuba menangguk di air yang keruh apabila Datuk Seri Najib mengumumkan kenaikan bahan api petrol RON 95 dan Diesel apabila subsidi 20 sen ditarik. Tidak pasti apa niat PDAM, adakah mahu merosakkan imej Datuk Seri Najib atau ada niat lain?

Jika diikutkan RON 97 sudah beberapa kali naik sejak kebelakangan ini. Menyebabkan ramai pengguna beralih kepada oetrol RON 95 yang lebih murah.