RON 97 Pula Naik 15 Sen Bermula Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR: Harga minyak RON97 akan dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini. Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu dalam temu bual Bernama hari ini. – Bernama

Baru sahaja beberapa hari kita merayakan dan meraikan kenaikan harga Petrol RON 95 dan Diesel sebanyak 20 sen, hari ini diumumkan giliran Petrol RON 97 pula naik 15 sen 1 liter. Waah… Syukurlah minyak Malaysia masih murah dari negara luar kan? kan? kan? kan?

Apa lagi, jom esok kita pakat-pakat buat parti untuk meraikan kenaikan harga minyak… Korang bawak la petrol korang sendiri… Pakat tonggang semua sampai mamposss… Minyak Malaysia masih murah der…