Diesel Juga Naik 20 Sen Akibat Penyusunan Semula Subsidi

Rupanya bukan sahaja Petrol Ron 95 sahaja yang mengalami kenaikan harga apabila Perdana Menteri memperkenalkan langkah penyusunan semula subsidi, malah ianya juga melibatkan bahan api Diesel juga.

Putrajaya: Harga minyak RON 95 serta diesel dinaikkan 20 sen seliter, berkuat kuasa tengah malam tadi sebagai sebahagian langkah penyusunan semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaan.
Berikutan itu, RON 95 kini dijual pada harga RM2.10 seliter manakala diesel RM2 seliter.

Langkah itu yang diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam adalah antara inisiatif ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam berdepan persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar.

Pada mesyuarat itu, FPC juga memutuskan supaya kerajaan menimbangkan secara lebih teliti pelaksanaan projek sektor awam dengan memberi keutamaan kepada projek dengan kandungan import rendah, tetapi mempunyai kesan penggandaan yang tinggi.

Pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya bertujuan menangani lebihan akaun semasa negara yang semakin berkurangan.

-Berita Harian

Apakah langkah Perdana Menteri agar tidak berlaku kenaikan harga barang? Adakah dengan sekadar memberi amaran kepada peniaga? Bagaimana pula dengan pihak pembekal? Peniaga terpaksa menaikkan apabila pembekal menaikkan harga, jika tidak peniaga akan rugi. Siapa yang nak berniaga tapi rugi kan?

Peniaga diberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang, susulan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, berkuat kuasa tengah malam tadi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana peniaga yang cuba berbuat demikian dan mereka yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan akta sedia ada. – Datuk Hasan Malek

Masalahnya sekarang bukan dari pihak peniaga yang naikkan harga barang, tetapi dari pihak pembekal sendiri… Peniaga terpaksa menaikkan harga barang apabila barang yang dibeli dari pembekal pada harga yang tinggi… Jika peniaga tak naikkan harga, mereka akan kerugian… Siapa yang nak berniaga tapi rugi?

Apa inisiatif KPDNKK bagi memastikan pembekal tidak menaikkan harga? Tidak ada… Sebab diorang hanya tumpukan pada peniaga… Sebab itu pembekal naik tocang…

Jika kita lihat situasi kenaikan harga ayam semasa Ramadhan yang lepas, apa tindakan KPDNKK? Tidak ada… KPDNKK tak mampu buat apa-apa… Menterinya keluarkan kenyataan bodoh, dengan menyuruh rakyat jangan makan ayam…

Itu jika harga ayam naik bolehlah tak makan ayam… Kalau harga beras naik, adakah kita tak makan nasi pula? Bagaimana dengan sayur-sayuran naik harga, adakah kita tak makan sayur pula? Bagaimana dengan daging? Adakah apabila semua barangan keperluan naik harga, kita tak perlu makan barangan tersebut? Adakah kita perlu beralih kepada gizi pemakanan lain pula selepas ini? Mungkin rakyat Malaysia akan mula tanak pasir dalam periuk nasi? Goreng batu dalam kuali?

Tiada sebab untuk peniaga menaikkan harga barang atau keperluan lain. Soal menaikkan harga barang sepatutnya langsung tidak timbul – Datuk Hasan Malek

Peniaga mungkin tidak ada sebab menaikkan harga barang jika pembekal sendiri menaikkan harga barang. Pembekal boleh menggunakan alasan kenaikan kos bahan api untuk menaikkan harga barang. Apakah tindakan terhadap pembekal? Tidak ada? Penguatkuasaan KPDNKK hanya pada peniaga sahajakah?

Kementerian akan sentiasa memberikan komitmen dengan ‘turun padang’ dan memantau harga barangan bagi membendung kegiatan memanipulasi harga. – Datuk Hasan Malek

Adakah dengan komitmen ‘turun padang’ boleh membendung kegiatan manipulasi harga barang? ‘Padang’ manakah pihak KPDNKK akan turun membuat pemantauan? Pasar Tani? Pasar Borong? Pasar Malam? Pasar Basah? Bagaimana pula dari pihak pembekal? Kenapa tidak memantau sahaja pihak pembekal? Kebiasaannya merekalah yang memanipulasi harga dengan menggunakan alasan peningkatan kos pengangkutan. Peniaga terpaksa menaikkan harga barangan kerana mereka membelinya dari pembekal pada harga yang mahal. Peniaga tak nak menanggung rugi.


Apa relevannya memberi notis tunjuk sebab kepada peniaga, jika yang menaikkan harga barang bermula dari pihak pembekal?

Justeru, apa yang diharapkan adalah semua pihak dapat memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan dengan tidak menaikkan harga barang atau perkhidmatan lain sewenang-wenangnya.

Apa jaminan KPDNKK yang HARGA BARANG TIDAK AKAN NAIK? Sedangkan semasa bulan Ramadhan yang lalu apabila berlaku kenaikan harga ayam, menteri bertanggungjawab hanya mampu mengeluarkan kenyataan di bawah…

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai ‘menukar’ selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Apa tindakan KPDNKK??

Sumber:

Penjelasan PM
Tiada sebab peniaga naikkan harga barang
Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik