Salam Kemerdekaan Ke 56 Tahun

Maaf pasal lambat update, bukan disengajakan… Semalam agak sibuk sedikit kerana seawal pagi turun ke Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan di sana, kemudian ke Mid Valley pula sebelah petang untuk menonton filem Tanda Putera…

Apapun, eXception di sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56… Tak usah banyak songeh dan banyak tanya ‘MERDEKAKAH KITA?’. Tanya diri sendiri tu dulu… Merdekakah korang??

Di sini eXception akan paparkan sebahagian gambar pertunjukan bunga api sewaktu sambutan Ambang Merdeka di Putrajaya…





Sebelah pagi 31 Ogos 2013, eXception berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur untuk menyaksikan sambutan Hari Merdeka…







Kerete Perisai Adnan

Pelancar Roked Berganda Astros II

Kerete Perisai Radpanzer Condor

Kereta Perisai PT-91M Pendekar

Kereta Perisai FNSS AV8 Pars

Sebelah petang eXception bersama-sama admin page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad dan admin page Boikot Barang Cina DAP menyerahkan tiket kepada pemenang tiket percuma Tanda Putera…