Sultan Johor Arah Surau Tanjung Sutera Resort Dirobohkan

Demi menjaga kesucian Agama Islam, Sultan Johor telah bertitah dan mengarah agar surau Tanjung Sutera Resort dirobohkan… Arahan tersebut dibuat berhubung kontroversi yang melanda pengurusan resort tersebut yang membenarkan penganut Buddha melakukan ritual agama mereka di dalam surau tersebut.

Manakala pemilik resort tersebut telah ditahan Polis dan bakal didakwa di mahkamah. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan membinasakan, merosakkan atau mencemar tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan orang.

Penduduk tempatan mendakwa peristiwa berkenaan sudah terlalu kerap berlaku sehingga pemilik resort berkenaan sudah beberapa kali ditegur oleh pekerjanya sendiri. Bagaimanapun, dia dikatakan tidak menghiraukan teguran itu dan terus membenarkan kumpulan Buddha itu melakukan upcara ritual mereka. Kedegilan itu membawa kepada tindakan rakaman upcara itu dibuat seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Sedili.

Isteri pemilik resort dikatakan tidak berpuas hati dengan penahanan suaminya dan memaki penduduk dengan menyebut… “Penduduk Sedili Besar yang beragama Islam, BODOH, TIDAK SPORTING dan berbeza pandangan dengan Singaporean.” Penduduk telah meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan kerana kenyataannya jelas menunjukkan kecenderungannya untuk menghina agama Islam dan tempat ibadat umat Islam.

Bagaimanapun apa yang eXception khuatirkan ialah, isu arahan perobohan surau ini oleh Sultan Johor akan dipolitikkan oleh PAS nanti. Mereka akan mereka-reka fitnah kononnya Sultan Johor menolak ajaran Islam dengan merobohkan surau tersebut. Perkata seperti ini sudah berlaku dulu di Terengganu yang mana apabila PBT mahu merobohkan struktur binaan yang didirikan di atas tanah pertanian berkelompok yang diduduki secara haram oleh ahli PAS. Mereka segera mereka-reka cerita kononnya UMNO merobohkan Masjid Bujal… Sedangkan struktur separuh siap itu langsung tidak ada rupa sebuah masjid dan tidak pernah digazetkan sebagai masjid oleh Jabatan Agama Islam Terengganu.

Siapa tak kenal perangai PAS yang suka menangguk di air yang keruh… Mereka memutar-belitkan cerita dan menyelewengkan fakta sebenar menjadi fitnah…

Apapun eXception ucapkan tahniah kepada penduduk kampung yang melaporkan perkara ini kepada Polis… Harapan agar resort ini ditutup terus…