Salam Aidilfitri Buat Semua Maaf Zahir Batin

Kesempatan ini eXception ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan seperjuangan dan pengunjung blog ini… Jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, termaki, terhamun, tersembur… Harap dapat dimaafkan…

Tahun ini eXception beraya di Putrajaya… Ikut turn… Tahun lepas dah balik Pahang, tahun ni kasi turn member pulak balik kampung… Adatlah kerja ikut syift… Aidiladha dan Aidilfitri next year baru balik Pahang… Kalau next year masih ada rakan syift nak berebut cuti, jawabnya ada yang kena pijak la… Keh keh keh keh…

Esok pagi eXception akan bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya… Kemudian akan menuju ke Seremban untuk menziarah sanak-saudara di sana…

Apa juadah korang semua pagi ni? Adakah nasi minyak? Mungkin nasi dagang? Atau laksa? Walau apa pun juadah korang esok… Nikmatilah dengan nikmat kesyukuran… Sambil makan tu, cuma kenang sedikit nasib saudara kita di Palestin dan Syria… Apa agaknya juadah mereka di pagi Aidilfitri… Bagaimana mereka bersolat di pagi Aidilfitri, adakah mereka bersolat dengan tenang ataupun dengan perasaan bimbang… Bimbang takut-takut ketika bersolat peluru datang secara tiba-tiba…

Apapun, kita sama-sama doakan semoga Aidilfitri yang kita sambut hari ini kekal ceria selamanya… Semoga anak cucu kita terus dapat merayakan Aidilfitri pada masa akan datang…