Tulis Insiden Pencerobohan Lahad Datu Sandiwara Tapi Dapat Pingat?

Apa kejadah semua ni?? Kenapa 3 orang wartawan Malaysiakini menerima Pingat Kedaulatan Negara dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak? Apa sumbangan mereka dalam menyampaikan insiden pencerobohan di Lahad Datu? Sungguh tak faham dengan Perdana Menteri Malaysia ni… Semua masih ingat bagaimana Malaysiakini menganggap insiden pencerobohan Lahad Datu sebagai satu…

SANDIWARA POLITIK!!!


Mengapa 3 orang wartawan dari media yang banyak memfitnah kerajaan terutama sekali memfitnah tentang insiden Lahad Datu boleh menerima pingat ini? Tidak ada kalangan wartawan dari media lainkah dalam Malaysia ni yang membuat liputan di sana?

Tentu kita pernah terbaca tentang pengalaman sekumpulan wartawan dan jurugambar yang mengalami detik cemas apabila terserempak dengan pengganas Sulu? Jika belum pernah… Jom baca…


Sumber: Wartawan tempuh pengalaman mendebarkan terserempak penceroboh

Di mana wartawan Malaysiakini pada ketika itu? Adakah mereka hanya lepak di dalam bilik hotel sambil menunggu bahan berita dari media lain kemudian menciplak artikel tersebut dengan mengubahnya menjadi artikel mereke sendiri. Bijak…

Persoalan sekarang siapakah yang memberikan cadangan kepada Datuk Seri Najib agar memberi penghargaan kepada 3 orang wartawan Malaysiakini tersebut? Apakah niat dan helah orang yang memberikan cadangan tersebut? Adakah yang memberikan cadangan tersebut adalah barisan PUNAHSIHAT-PUNAHSIHAT yang dilantik oleh Datuk Seri Najib yang mempunyai cita-cita MEMUNAHKAN dan mencalarkan imej Perdana Menteri Malaysia itu dengan tindakan yang menyebabkan rakyat menjadi marah dan benci?

Berita berkaitan:

Pingat Kedaulatan Negara Untuk Wartawan Malaysiakini! Tahniahlah PM @NajibRazak

Tergamak tiga wartawan ini terima anugerah dari kerajaan cacian mereka?