Pahlawan Mana Yang Dilantik Jadi Ketua Polis Selangor?

Khabarnya seorang PAHLAWAN telah dilantik menjadi Ketua Polis Selangor… Humm… Tertanya-tanya jugak… Pahlawan yang mana satu ni?? Adakah pahlawan yang seperti Hang Tuah??

Atau mungkin pahlawan seperti Mat Kilau? Ataupun Tok Gajah??

Selepas dirisik-risik, rupa-rupanya yang dilantik sebagai Ketua Polis Selangor ialah Datuk Pahlawan Mohd Shukri Dahlan…

Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Pahlawan Mohd Shukri Dahlan dan selamat bertugas di tempat baru. Diharapkan dengan perlantikan Datuk Pahlawan Mohd Shukri Dahlan sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan kadar jenayah di Selangor nanti. In Shaa Allah…

Sumber: DATO PAHLAWAN SHUKRI DAHLAN KETUA POLIS SELANGOR YANG BARU