Slogan ‘Sukan Terbaik Hanya Di RTM‬’ Hanya Gah Pada Nama

Malam tadi ramai kalangan peminat bola sepak negara melahirkan kekecewaan apabila RTM tidak menyiarkan siaran langsung perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chelsea di Stadium Shah Alam, Selangor.

Bukan sahaja RTM, malah Astro juga 2×5 dia punya hampas… Pada saat-saat akhir Astro meminta maaf dan berjanji akan menyiarkan siaran tertunda pada 22 Julai (malam ini). Sudahlah Astro menjadi Host Broadcaster perlawanan ini… Lepas tu main lepas tangan pulak… Peminat yang ternanti-nanti depan kaca tv, menjadi kecewa sangat-sangat…

Kepada RTM, gugurkan sahaja slogan ‘Sukan Terbaik Hanya Di RTM‬’ tu… Sepatutnya tukar kepada slogan ‘Sukan Terpilih Sahaja Hanya Di RTM‬’…

Kepada Astro, sudah-sudahlah berikan banyak alasan… Rakyat Malaysia sudah bosan…