Beli Ayam Kat Pasar Tani Bukan Satu Usaha Menurunkan Harga Ayam!!

Ketika di sana sini kecoh tentang harga ayam yang melambung tinggi di pasaran, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan pengguna mendapatkan bekalan ayam mentah di pasar-pasar tani yang berhampiran.

Ismail Sabri menerusi laman mikro Twitter miliknya berkata, ayam mentah boleh dibeli dengan harga yang lebih rendah di pasar tani iaitu RM7.80 sekilogram berbanding RM8.50 sekilogram di pasar biasa.

“… jadi datanglah beramai-ramai ke pasar tani. Sokong pasar tani,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan harga ayam naik mendadak di pasaran sehingga RM9 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Adoyaiii!! Apa punya idea la Pak Menteri sorang ni…

Kami tak mahu cadangan kuno, beli ayam kat Pasar Tani laa!!

Sebab Pasar Tani bukan bukak hari-hari!!

Pasar Tani juga bukan ada seluruh Malaysia…

Hanya berada di tempat-tempat tertentu sahaja!!

Kami mahu Pak Menteri cari cara penyelesaian kenaikan harga ayam!!

Bukan suruh kami beli ayam kat Pasar Tani!!

Adoyaiii!! Kenapa la boleh dilantik Menteri bebal ni terajui Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani??

Jika macam ni la cadangan Pak Menteri…

LEBIH BAIK RESIGN!!