Kempen Pilihanraya Kecil N1 Kuala Besut

N1 Kuala Besut terletak di dalam kawasan Parlimen (P33) Besut. Penyandang asal kerusi DUN Kuala Besut sebelum ini ialah Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar. Disebabkan kematian Allahyarham akibat barah paru-paru, kerusi DUN N1 Kuala Besut mengalami kekosongan. Maka sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia mengumumkan Pilihanraya Kecil N1 Kuala Besut akan diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

Di bawah ini merupakan statistik bagi N1 Kuala Besut…


Barisan Nasional telah meletakkan seorang seorang calon yang merupakan anak jati Kuala Besut. Pemilihan Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman telah dipersetujui oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak.

Biodata

Nama: Tengku Zaihan Bin Che Ku Abd Rahman
Umur: 37 tahun
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1976
Tempat Lahir: No 666 Kampung Nail,Kuala Besut, Terengganu
Kerjaya: Jurutera Awam Di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
Pendidikan Awal: Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu.
Pendidikan Akhir: Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam USM
Nama Isteri: Siti Salbiah Othman.
Umur: 34 tahun
Pekerjaan Isteri: Guru di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2
Anak: 4 Orang 3 perempuan satu lelaki
Pencapaian: Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan (2006)
Anugerah Khidmat Cemerlang Jabatan (2011)
Anugerah Pencetus Idea (2010)
Politik: Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Pekan Baru, Kuala Besut.


Kepada pengundi yang mengundi di DUN Kuala Besut, buatlah pilihan yang bijak… Undilah calon Barisan Nasional…

Advertisements