Apabila Facebooker Menunjukkan Kebangangannya

Seorang facebooker hari ini didapati telah meroyan sakan apabila gambar-gambar kemesraan antara Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tersiar di dalam blog.

Facebooker yang menggunakan id Simpang Tiga Bandarbarubangi meroyan sakan melihat kemesraan antara Datuk Seri Zahid Hamidi dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semasa meninjau lokasi kejadian runtuhan rod penebat kilat di Menara UMNO Pulau Pinang.


Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi melambangkan profesionalisme beliau sebagai seorang menteri dan sanggup mengenepikan permusuhan politik. Inilah contoh pemimpin yang kita hendak. Selain Datuk Seri Zahid Hamidi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib juga begitu juga. Tidak kekok berbual mesra bersama Anwar Ibrahim.

Adakah ianya satu kesalahan? Adakah kita mahu lihat para pemimpin saling bunuh-berbunuhan antara satu sama lain?

Facebooker ini jelas sekali bersikap tidak matang dalam dunia politik. Berkemungkinan mempunyai masalah kecelaruan mental yang kronik. eXception sarankan facebooker Simpang Tiga Bandarbarubangi ni pergi jumpa doktor pakar otak segera. Manalah tahu penyakit gila isim tu berjangkit. Siapa tahu?

Sumber:

Simpang Tiga Bandarbarubangi’s Timeline Photos

(7 gambar) Kemesraan DS Zahid Hamidi Bersama Guan Eng & Kit Siang di Penang