Mohon Perhatian Menteri Tentang Kualiti Laluan Motosikal Di Malaysia

eXception ingin mengucapkan terima kasih atas inisiatif Datuk Seri Hishamuddin yang akan membuat tinjauan terhadap kualiti laluan motosikal yang dikatakan tidak diselenggara dengan baik dan tidak selamat pada minggu hadapan. Walaupun sepatutnya tugas tersebut sepatutnya digalas oleh Kementerian Kerjaraya, tetapi Datuk Seri Hishamuddin yang memangku jawatan Menteri Pengangkutan mengambil satu inisiatif yang dinanti-nantikan oleh penunggang motosikal.

Sememangnya kualiti lorong motosikal ini perlu diperbaiki. Tidak perlu penafian lagi. eXception sendiri merupakan penunggang motosikal dan mempunyai pengalaman melalui lorong motosikal ini. Antara lorong motosikal yang pernah dilalui ialah di Lebuhraya Persekutuan, Jalan Pintasan Dengkil-KLIA, Lebuhraya KESAS dan laluan motosikal di Cyberjaya-Putrajaya…

Antara permasalahan lorong motosikal ini antaranya termasuklah…

1) Laluan tidak rata dan berlubang-lubang
2) Air bertakung dan berlopak
3) Banjir di dalam terowong
4) Terowong tiada lampu dan gelap
5) Kereta dan lori memasuki lorong motosikal
6) Laluan motosikal tidak ada penghalang dengan laluan kenderaan biasa
7) Lorong motosikal yang sempit
8) Penutup longkang di tengah laluan motosikal dicuri
9) Lorong keluar masuk terlalu sempit
10) Bahan binaan diletak dibahu laluan motosikal
11) Kekerapan berlaku kes samun di lorong motosikal
12) Kekerapan kes tabur paku di lorong motosikal

Saksikan video ini yang merakam perjalanan sepanjang laluan motosikal

Antara gambar yang boleh menjadi bukti…


Laluan motosikal berlopak dan berlumpur

Penutup longkang pecah disebabkan diperbuat bahan yang tidak berkualiti

Keadaan terowong yang gelap dan merbahaya

Bahan binaan diletakkan di bahu laluan motosikal


Tidak ada penghadang antara laluan motosikal dan laluan kenderaan lain


Berkongsi laluan motosikal dengan kenderaan yang tidak sepatutnya melaluinya

Terowong gelap tiada lampu

Terowong digenangi air akibat banjir

Kemalangan seperti ini boleh dielakkan sekiranya semua lebuhraya membina lorong motosikal

Bila Menteri baru dilantik, janji Menteri lama ditong sampahkan

eXception sendiri juga pernah mengalami kemalangan kecil di dalam terowong laluan motosikal di Putrajaya disebabkan keadaan terowong yang gelap menyebabkan tidak sedar keadaan laluan yang berlumpur dan menyebabkan motosikal hilang kawalan dan terjatuh.

Berita berkaitan:

Hishammuddin akan tinjau laluan motosikal minggu depan

Terowong motosikal gelap

Laluan motosikal juga berbahaya

Laluan Motosikal #1

Laluan motosikal sebenarnya sangat berbahaya

Artikel Berkaitan:

Dari Tambah Lorong Baru Baik Bina Lorong Motosikal