Cybertrooper Barisan Nasional Tak Mampu Lawan Red Bean Army?

Sudah lama aku nak menyuarakan perkara ini… Tapi baru hari ini mempunyai kerajinan berbuat demikian… Keperluan aku menulis isu ini adalah untuk menyedarkan semua cybertrooper pro Barisan Nasional termasuklah aku sendiri. Selepas tamat PRU 13 aku amat kecewa kerana Barisan Nasional masih gagal mencapai kemenangan besar. Peralihan undi kaum cina secara besar-besaran amat mengejutkan.

Punca peralihan undi kaum cina antara puncanya adalah keberkesanan taktik Red Bean Army DAP… Antara penyebab kejayaan Red Bean Army DAP ini adalah disebabkan CYBERTROOPER KITA GAGAL BERSATU… Tubuhkan berapa banyak persatuan bloggers atau cybertroopers sekalipun, masih juga gagal mengekang propaganda yang dibawa oleh Red Bean Army.

Kita sudah ada Unit Media Baru, BNYCT, Nadi Rakyat, Bloggers Pembela Negara, Barisan 33, CyTro BN Perak dan lain-lain… Tubuhkan seratus unit seperti ini sekalipun tetap gagal mengekang propaganda yang dibawa oleh Red Bean Army DAP… Penyakitnya, apabila terlalu banyak unit seperti ini, masing-masing tidak ada arah dan tujuan. Malah ada kalangan blogger yang hgila mengejar ranking Alexa… Bagi mereka, satu kebanggaan apabila ranking semakin naik… Mungkin mereka merasakan mereka menjadi semakin elitis bila ranking naik…

Selain itu terdapat juga permusuhan di kalangan unit cybertrooper BN ini… Masing-masing tidak sebulu… Malah ada unit yang menganggap diri mereka lebih elit dan tidak layak berkerjasama dengan unit cybertrooper lain… Perseteruan antara unit ini masih wujud hingga kini… Tak tahulah bila akan berakhir…

Jika perkara ini berlanjutan hingga ke PRU 14, percayalah… Kita akan gagal lagi dengan Red Bean Army DAP… Mengapa di dalam UMNO perlu banyak unit cybertrooper, sedangkan di dalam PKR cuma ada satu (setahu aku la) iaitu Jingga 13, manakala di dalam DAP, mereka cuma ada Red Bean Army… Tetapi kita masih gagal mengekang strategi serangan mereka… Kita sedia maklum bahawa corak serangan mereka adalah memainkan persepsi atas sesuatu isu… Malah serangan mereka lakukan bertali arus, akan tetapi corak serangan cybertrooper kita tidak bertali arus… Ianya bersifat sementara apabila tidak ada cybertrooper lain berminat memainkan isu tersebut.

Tidak ada kata sepakat dan kerjasama antara unit cybertrooper BN menyebabkan kita jauh ketinggalan. Kesimpulan yang aku boleh kata di sini, kewujudan terlalu banyak unit cybertrooper BN tidak lebih sekadar bersifat SYOK SENDIRI… Kita terlalu mengejar kuantiti tetapi mengabaikan kualiti… Inilah kelemahan kita…

Akhir kata, jika ada kalangan cybertrooper BN yang BUTTHURT dengan apa yang aku tulis ini, aku menyusun 10 jari memohon maaf… Aku ni cuma blogger tepian longkang… Memang tidak layak untuk menegur blogger-blogger elitis di luar sana… Apa yang aku tulis ini adalah cetusan rasa dan pendapat hasil pemerhatian aku kebelakangan ini… Maaf sekali lagi…