Tahniah! Tan Sri Khalid Abu Bakar Dilantik Ketua Polis Negara

Sekalung tahniah diucapkan buat Tan Sri Khalid Abu Bakar di atas perlantikan beliau Ketua Polis Negara yang baru. Perlantikan Tan Sri Khalid adalah sebagai mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis Negara setelah Tan Sri Ismail Omar yang akan bersara wajib 17 Mei ini.

Berkuatkuasa 17 Mei 2013 juga, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil alih tugas Tan Sri Ismail Omar untuk memimpin pasukan Polis.

Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Ismail Omar yang berjaya memimpin pasukan Polis Diraja Malaysia sehingga ke tahap sekarang. Bakti yang dicurahkan oleh Tan Sri Ismail Omar kepada PDRM semestinya dikenang sampai bila-bila…