Tahniah Kepada Semua MB & KM Baru. Selamat Bertugas.

Melaka, Kedah dan Perlis telah menerima seorang Menteri Besar dan Ketua Menteri yang baru. Jika sebelum ini Menteri Besar Kedah ialah Datuk Seri Azizan Razak, manakala Menteri Besar Perlis pula sebelum ini dipegang oleh Datuk Seri Mat Isa Sabu dan jawatan Ketua Menteri Melaka pula dipegang oleh Datuk Seri Wira Ali Rustam. Manakala Perak pula, Datuk Seri Zambry dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak untuk penggal kedua.

Datuk Mukhriz Mahathir, yang merupakan anak kepada tokoh negarawan ulung, Tun Dr Mahathir Mohamed mendapat perkenan oleh DYMM Sultan Kedah untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Proses pertukarann kerajaan negeri Kedah berjalan dengan aman, tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh, Azlan Man pula mendapat perkenan dari DYMM Raja Perlis untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baru yang sebelum ini dipegang oleh Datuk Seri Mat Isa Sabu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Wira Idris Haron pula dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang baru bagi menggantikan Ketua Menteri Melaka sebelum ini, iaitu Datuk Seri Wira Ali Rustam. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor Datuk Seri Zambry Abd Kadir selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah setelah mendapat perkenan dari DYMM Sultan Perak. Beliau diberi kepercayaan sekali lagi untuk memegang jawatan Menteri Besar untuk penggal kedua.

Buat masa ini belum mendapat perkhabaran perlantikan Menteri Besar untuk Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu, samaada Menteri Besar lama dikekalkan atau Menteri Besar baru dilantik. Bergantung atas kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan perkenan Sultan dan Yang Dipertuan Besar negeri tersebut.

Advertisements