Kaitan Minyak Dan Harga Untuk Keselamatan Negara

Nota Penulis : Artikel ini adalah hasil dari seorang rakan yang berada dalam lingkungan yang saya kira masyarakat umum akan gagal untuk faham, minyak dan pertahanan sebenarnya berkait rapat. Saya bagaimanapun tidak menambah perkara-perkara yang sensitif di dalam ini yang berkait rapat dengan keselamatan negara.

Saudara pembaca : Dalam dunia, carigali minyak laut dalam dibuat di Teluk Mexico dan kawasan Sabah sahaja. Teknologi terkini industri minyak laut dalam di kuasai Petronas dan meninggalkan negara-negara jiran kita yang lain.

1. Negara diambang pilihanraya ke-13 pada 5hb. Mei ini dengan parti politik sekarang giat berkempen menjelaskan manifesto masing-masing dengan pelbagai tawaran dijanjikan.

2. Malangnya, tidak ada satu pihak pun yang memberi penekanan kepada pemantapan elemen pertahanan negara khususnya berkaitan penambahan aset tempur Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia.

3. Sebenarnya, kes Lahad Datu mempunyai objektif tersirat yang mana ia mempunyai kaitan dengan kekayaan Sabah yang ditunjangi oleh terdapatnya lembangan minyak dan gas (O&G) diperairan Sabah, selain kemungkinan wujudnya emas tinggalan perang – yang tidak dikupaskan di sini.

4. Sejarah O&G (Oil & Gas) di Malaysia bermula pada awal abad ke 20 selepas suku abad sebelumnya minyak ditemui di daratan Miri, Sarawak dengan hak pengeluaran mulanya diberi kepada Syarikat Eksplorasi British Borneo tetapi ia tidak dikomersilkan kerana tiada kawasan lembangan di daratan dikenalpasti.

5. Umum mengetahui wilayah perairan Sabah adalah amat hampir dengan Filipina dan Indonesia dan kawasan ini kaya dengan minyak sebenarnya.

6. Entri ini hanya mengupas sedikit berkaitan cadangan menaikkan kadar royalty kepada Sabah dari 5.0 peratus kini kepada 20 peratus serta cadangan menurunkan harga runcit petrol dan diesel dan jangkaan kesannya kepada peruntukan keselamatan negara.

7. Telaga-telaga minyak dengan kelengkapan platformnya di Sabah terletak di luar pantai dan kos kawalan keselamatannya terletak di bahu TLDM dan dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

8. Kos kawalannya tinggi kerana risiko pencerobohan lintas-sempadan serta faktor geo-politiknya dan kian meningkat dengan adanya kes keganasan seperti di Lahad Datu baru-baru ini.

9. Tahun-tahun kebelakangan ini pula, menyaksikan syarikat-syarikat minyak membangunkan telaga minyak laut dalam dengan kedalaman melebihi 500 meter (rata-ratanya berkedalaman melebihi 1,300 meter) seperti di Medan Kikeh,
Gemusut/Kakap dan Malikai.

HARGA MINYAK TIDAK BOLEH DITURUNKAN KERANA KOS PENGELUARAN TINGGI

10. Kos mengeluarkan minyak mentah di laut dalam meningkat secara mendadak kerana faktor kesukaran kerja- kerja pemasangan, operasi serta penyediaan kemudahan pengeluaran yang lebih ekstrem lagi baru kepada pemain industri

11. Cukai industri ini terpakai dilebih 90 peratus negara di dunia dan sebab itulah juga harga petrol dan diesel di kebanyak negara di Eropah yang menjadi pengimport bersih melebihi RM 5.00 seliter.

12. Harga ini tidak terpakai di kalangan Negara-negara pengeluar di Timur Tengah kerana kos pengeluarannya rendah.

MALAYSIA TERPAKSA IMPORT PETROL DAN DIESEL

13. Masalah Malaysia ialah keupayaan penapisan yang agak terhad walaupun kita merupakan negara pengeluar minyak.

14. Apabila kerajaan mahu membina sebuah loji penapisan minyak yang besar di Pangerang, Johor ia menjadi mangsa serangan pembangkang dengan alasan Johor bukan negeri pengeluar minyak.

15. Malangnya, pembangkang gagal menjelaskan isu ini dengan jujur, Singapura bukan negara pengeluar minyak tetapi mempunyai loji penapisan minyak di Pulau Bukom dan ia memproses minyak-minyak milik negara lain di Asia Tenggara yang tidak mempunyai loji penapis dan Singapura membuat keuntungan besar di situ.

16. Minyak mentah yang kita tapis tidak sepenuhnya ditukar kepada petrol dan diesel kerana kadar penyulingan biasa hanya menghasilkan separuh kuantiti sahaja kepada petrol dan diesel dan kadar ini boleh ditingkatkan melalui proses tambahan bagi memecahkan rantaian panjang hydrokarbon berkenaan kepada rantaian pendek dan digelangkan.

17. Kerana itu, kita masih perlu mengimport sebahagian keperluan kita dari loji penapisan di negara jiran pada harga pasaran antarabangsa dan ini tidak begitu baik dari segi keselamatan.

18. Jika ditambah lagi dengan cadangan pengurangan harga petrol dan diesel, mengikut perkiraan mudah jumlah subsidi tambahan yang perlu ditanggung menjangkau hampir RM 10.0 billion.

19. Jumlah melebihi RM 10.0 billion setahun ini besar dan cukup untuk membiayai penyediaan lengkap satu skuadron jet pejuang MRCA beserta kemudahannya yang diura-urakan secara TUNAI (TAK PAYAH HUTANG) setiap tahun atau kita boleh memperolehi helicopter Eurocopter sebanyak 60 buah setiap tahun.

20. Jika tidak mahu penyeludupan berleluasa, kita kena mempertingkatkan aspek rondaan bagi membenteras atau mengekang aktiviti tetapi untuk itu, negara sudah tidak mampu kerana peruntukan besar telah diberikan sebagai subsidi tambahan dan subsidi tambahan ini juga telah menjadi catalyst untuk penyeludupan meningkat.

21. Sudahlah Petronas terpaksa menanggung kos penerokaan dan pengeluaran di laut dalam yang berganda, terpaksa pula menanggung subsidi runcit tambahan hampir sekali ganda dan aktivi penyeludupan kian meningkat (termasuk penyeludupan senjata), pada masa yang sama ATM dan APMM terpaksa meningkatkan kawalan keselamatan di perairan dan ini semua menuntut kos yang mahal.

22. Adakah pada satu hari nanti, Petronas terpaksa membayar wang pelindungan kepada pengganas untuk menjaga kemudahan minyak luar pantai dan mengawal penyeludup seperti yang dibuat oleh negara lain.

23. Sebagai Malaysia yang setia, marilah kedua-dua blok parti yang bertanding di dalam PRU 13 ini memikirkan juga aspek keselamatan ini dan elakkan dari manipulasikan pemikiran rakyat.

24. Dari satu pihak iaitu kerajaan, Barisan Nasional terpaksa akur dan membodek rakyat dengan penambahan subsidi minyak yang ternyata sangat merugikan negara.

25. Kepada pihak pembangkang pula, sikap terlalu banyak berjanji seolah-olah semua perkara adalah “kacang” kepada mereka telah menyebabkan sebahagian rakyat terpesona tanpa mengambil kira realiti sebenar.

26. Inilah yang dikehendaki oleh Iluminati.

Sumber: MilitaryofMalaysia