Penjelasan Isu UMNO Roboh Masjid Bujal

Isu roboh Masjid Bujal kembali berkumandang di media-media sosial apabila semboyan PRU 13 dibunyikan. Ini bertujuan untuk cover isu video Stopa Ali dan isu manifesto yang gagal dilaksanakan oleh Pakatan Pembangang.

Persoalan sekarang benarkah bangunan yang dirobohkan itu adalah MASJID atau sebenarnya sebuah MARKAS PAS?

Semasa pemerintahan PAS di Terengganu selama satu penggal. Fungsi JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat) adalah melebihi kuasa Pegawai Daerah. Pegawai Daerah umpama lembu dicucuk hidung, terpaksa menurut perintah JSR. Kalau tidak kena ambil tindakan oleh BOSS mereka iaitu Hadi Awang.

Maka mereka berebut rebutlah membahagi tanah berkelompok diantara meraka. Mereka tidak mengikut peraturan Pejabat Tanah Daerah dalam kaedah mengagih tanah dan guna peraturan sendiri.

Mereka yang tersenarai dalam pembahagian tanah terpaksa membayar kepada JSR beribu ribu ringgit untuk mendapatkan tanah berkelompok tersebut. Duit diberi, tapi tiada resit dikeluarkan untuk dijadikan bukti pembayaran.

Namun begitu penguasaan PAS di Terengganu tidak kekal lama yang mana kemudiannya Barisan Nasional berjaya merampas semula Terengganu dari tangan PAS.

Apabila kerajaan BN kembali berkuasa, beribu ribu kawasan tanah berkelompok yang diduduki secara haram perlu dibersihkan. Mana mana bangunan yang didirikan tanpa permit oleh Pejabat tanah perlu dirobohkan. Maka keluarlah notis meroboh oleh Pejabat Tanah. Apabila empunya rumah yang didirikan secara haram tidak mengendahkan notis maka terpaksalah kerajaan sendiri menjalankan tugas merobohkan rumah-rumah tersebut.

Maka PAS tergesa gesa mendirikan sebuah premis di tapak tanah berkelompok ciptaan PAS di Kampung Bujal. Maka di istiharkan bangunan tersebut sebagai masjid tanpa kelulusan Jabatan Agama Islam ataupun Mufti Negeri. Tujuannya apabila premis itu dirobohkan oleh kerajaan maka mereka bolehlah membuat cerita, kononnya Kerajaan Barisan Nasional merobohkan masjid. Itulah strategi mereka.

Sedangkan terdapat sebuah masjid yang hampir dengan Kampung Bujal yang terletak di Kampung Payoh yang mana boleh menampung sehingga 600 jemaah. Untuk apa dibina sebuah masjid lagi, lebih-lebih lagi ianya tidak digazetkan sebagai masjid oleh Jabatan Agama Islam Terengganu. Lebih-lebih lagi tapaknya adalah tanah yang diduduki secara haram.

Maka apa yang dirancang oleh PAS tadi, benar-benar berlaku. Kerajaan benar-benar merobohkan premis tersebut. PAS mengambil peluang menangguk di air yang keruh. Maka di canangkan ke seluruh saentero benua bahawa kerajaan BN zalim. Kerajaan BN roboh masjid. Rakyat jelata yang kurang cerdik mempercayai loyar buruk PAS ini. Hanya rakyat cerdik dah sudah maklum dengan penipuan PAS ini. Isu ini sengaja dibangkitkan semata-mata mahu meraih simpati rakyat Malaysia serta membangkitkan kemarahan rakyat terhadap isu Masjid Bujal ini.

Jika kita lihat bangunan separuh siap ini secara tiba-tiba boleh digazetkan sebagai masjid. Sudahlah struktur pembinaannya tunggang-langgang. Mungkin juga arkitek yang membina premis ini sama spesis dengan arkitek Stadium Sultan Mizan, iaitu Raja Bahrin yang kini menjadi calon PAS pula.

Bagi mereka yang masih percaya dengan isu meroboh masjid Bujal ni, sila bukakan minda anda. Tengok imej-imej ini semua. Adakah ini sebuah MASJID?


Sebenarnya apa yang dikatakan oleh pembangkang semuanya bohong Kalau dikatakan masjid tidak patut kerana penduduk sudah mempunyai masjid di kampung Payoh yang boleh muat hingga 600 jemaah pada setiap masa dan tidak sepatutnya didirikan masjid di kawasan berkenaan. – TUAN HAJI ISMAIL TAHIR (IMAM KG. PAYOH, KEMAMAN)

Saya menetap di kampung Bujal sudah 15 tahun dan sebenarnya kawasan yang dikatakan tanah RTB itu adalah kawasan pertanian berkelompok yang ditanam pokok cempedak serta rambutan dan hasilnya dibahagikan kepada penduduk kampung Payuh… – ENCIK ISMAIL BIN CHIK (WAKIL RTB KG. BUJAL, KEMAMAN)