Tarikh PRU 13 Telah Ditetapkan Hari Ini

Hari ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar telah menetapkan 5 Mei 2013 sebagai tarikh Pilihanraya Umum ke 13, setelah SPR mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 dan tarikh penamaan calon.

Selain itu Pengerusi SPR juga telah menetapkan 20 April 2013 sebagai tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April 2013. Tempoh berkempen pula ialah selama 15 hari.

Pengumuman tarikh tersebut sekaligus menyanggah desas-desus kononnya tarikh PRU 13 ialah pada 27 April 2013 sebelum ini. Desas-desus tersebut bagaimanapun hanya sekadar bersifat syok sendiri, kerana SPR masih belum bermesyuarat untuk menetapkannya.