Cubaan Serangan DDoS Berjaya Dihalang

Satu serangan Distributed Denial of Service ke atas blog ini berjaya dihalang dengan pantas oleh plugin Wordfence Security dan serta merta alamat IP penyerang berjaya di black list.

Di sini CyWar Putrajaya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada hacker yang cuba attack blog ini kebelakangan ini. Nice try…

Kepada para blogger self hosted yang menggunakan engine WordPress, disarankan memasang plugin Wordfence Security. Ianya mampu menghalang cubaan hack login dengan mem-block alamat IP penyerang. Selain itu cubaan serangan SQL Injection juga mampu dihalang dengan berkesan.