Bilakah Tarikh Sebenar Pilihanraya Umum Ke 13?

Sukar nak jangka tarikh sebenar PRU 13 diadakan buat masa ini… Ada yang kata 27 April 2013 ni tarikh sebenar mengundi… Tapi yang dok mengata 27 April 2013 tu tarikh mengundi orang SPR ke?

Sebenarnya SPR masih belum bermesyuarat lagi untuk menetapkan tarikh sebenar hari penamaan calon dan tarikh mengundi. Ini disebabkan SPR masih menunggu negeri-negeri lain membubarkan DUN masing-masing dan menghantar notis pembubaran DUN kepada SPR negeri masing-masing. Ini berkemungkinan mengambil masa dalam 7 hari.

Buat masa ini, 3 negeri masih belum membubarkan DUN mereka iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Kesemua negeri ini dikuasai oleh Pakatan Pembangang.

Negeri Sarawak pula sudah melaksanakan Pilihanraya Negeri pada 16 April 2011 dan hanya membubarkan Parlimen. Negeri-negeri yang sudah membubarkan DUN setakat ini ialah.

1. Negeri Sembilan
2. Melaka
3. Perak
4. Perlis
5. Sabah
6. Pahang
7. Terengganu
8. Johor
9. Selangor

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tarikh PRU 13 boleh diadakan selewat-lewatnya 28 Mei 2013. Bermakna jika dilaksanakan PRU 13 paling awal sekalipun dalam bulan Mei 2013, bukan bulan April 2013. Apapun ini cuma andaian. Terserah kepada SPR sendiri menetapkan tarikhnya.

Persoalan sekarang ialah, mengapa 4 negeri Pakatan Pembangang ini masih belum bubar DUN? Hari tu bukan main attack Datuk Seri Najib lewat bubar DUN. Ada pencacai Pakatan Pembangang ini dok spin kononnya pemimpin BN membelakangi Sultan dalam membubarkan DUN, tetapi Pakatan Pembangang tidak membelakangi Sultan dan Raja-Raja Melayu. Habis tu ini gambar apa? Bukankah ini gambar Datuk Seri Najib mengadap YDP Agong di Istana Negara untuk mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen?

Malah semua ketua kerajaan negeri yang sudah membubarkan DUN juga mengadap Sultan atau Raja negeri masing-masing sejak 3 April 2013 lagi untuk mendapatkan perkenan, setelah Parlimen diisytiharkan terbubar.

Sumber: PRU-13 Boleh Diadakan Selewat-lewatnya 28 Mei – Pengerusi SPR