Awas!! Serangan Besar-Besaran DDoS

Serangan besar-besaran Distributed Denial of Service (DDoS) telah dilancarkan hari ini terhadap beberapa buah portal berita seperti KL Pos dan Agenda Daily.

Ianya dipercayai dilakukan oleh sebilangan hacker yang pro kepada Pakatan Rakyat.

DDoS adalah satu serangan yang melumpuhkan satu-satu laman web yang disasarkan dengan serangan jarak jauh terhadap domain laman web yang diserang.

Serangan yang berulang-ulang menyebabkan kesesakan trafik berlaku pada sesebuah laman web hingga menyebabkan ianya langsung tidak boleh dimasuki oleh pelawat.

Bagi pemilik laman web atau blog yang menggunakan enjin WordPress, dinasihatkan segera memasang plugin Wordfence Security. Plugin ini berupaya untuk blacklist mana-mana IP yang dikesan melakukan DDoS.

Kepada semua rakan blogger Pro BN serta admin portal online kerajaan, sila pastikan tahap keselamatan laman web atau blog anda di tahap yang maksima.