PM Mengadap YDP Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen?

Pagi tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dilihat memasuki perkarangan Istana Negara, di Jalan Duta. Teka-teki kunjungan Perdana Menteri mengadap Yang Di Pertuan Agong memohon pembubaran parlimen mungkin benar. Tetapi mungkin juga kunjungan Perdana Menteri mengadap Yang Di Pertuan Agong adalah berhubung dengan insiden di Lahad Datu. Kemungkinan yang berlegar dalam fikiran aku…

Kemungkinan besar Datuk Seri Najib mohon perkenan tarikh pembubaran Parlimen. Malah mungkin juga dalam kesempatan itu Datuk Seri Najib mohon perkenan Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Angkatan Tentera Malaysia, supaya Angkatan Tentera Malaysia mengambil alih sepenuhnya soal keselamatan di Lahad Datu apabila pembubaran Parlimen dilakukan.

Ini kerana apabila Parlimen terbubar, kabinet juga secara automatik digantung dan peranan semua menteri kabinet juga digantung sehingga kerajaan baru dibentuk selepas PRU 13 nanti. Oleh itu, sebelum pembubaran dilakukan, Perdana Menteri mahu menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Panglima Angkatan Tentera, disamping membantu Polis DiRaja Malaysia melaksanakan tugas.

Maka selepas ini ATM akan sepenuhnya menyelia dan melaksanakan Ops Daulat di Sabah. Apapun ini hanya kemungkinan. Apa yang terlintas dalam kepala otak aku sahaja. Kebenaran akan terserlah nanti. Kita tunggu pengumuman rasmi Datuk Seri Najib.