Jejambat Di Selangor Science Park 2 Runtuh

Sebuah jejambat yang menghubungkan antara Aman Putra, Puchong dan Cyberjaya telah runtuh siang tadi. Kerosakan struktur jejambat itu dikatakan menjadi punca ianya roboh. Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku kerana jejambat ini telah ditutup untuk semua lalulintas sejak beberapa bulan yang lepas apabila kerosakan struktur mula dikesan akibat mendapan tanah di bawah jejambat tersebut. Laluan di bawah jejambat itu juga telah ditutup dan semua laluan menghala ke Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Putrajaya dilencongkan sejak beberapa bulan yang lalu.

eXception sempat bergegas ke tempat kejadian dan merakamkan beberapa keping gambar keadaan jambatan tersebut. Hanya sebelah struktur jambatan tersebut runtuh, manakala sebelah lagi masih berkeadaan baik.

Dipercayai kawasan tersebut merupakan bekas kawasan lombong yang telah ditebus guna. Oleh itu masalah mendapan tanah berlaku.

Nota: Khabarnya jejambat ini di bawah bidang kuasa PKNS.