Ramai Yang Masih Percaya Kisah Ini Berlaku Di Sabah

Ramai yang masih dok percaya akan kisah dongeng perihal sekumpulan pengganas menceroboh Sabah yang berlaku baru-baru ini. Antara kisah dongeng yang dihikayatkan termasuklah kononnya Sabah akan kembali kepada Kerajaan Sulu tahun ini. Dongengan tersebut begitu mengasyikkan hingga yang mendengarnya ada yang sanggup terjun bangunan bunuh diri. Malah penghikayat dongengan ini turut mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia sedang pening kepala mengenangkan Sabah bakal dipulangkan kepada Kerajaan Sulu disebabkan perjanjian pajakan Sabah antara Malaysia dan Kerajaan Sulu akan berakhir tahun ini.

Sungguh menggelikan hati jika si bijaksana membacanya. Akan tetapi si bebal dan si dungu terlongo sambil menitiskan air liur mendengar hikayat ini sambil terangguk-angguk tanda percaya. Malah si bebal dan si dungu ini juga menyampaikan cerita ini kepada si bebal dan si dungu yang lain. Kemudian cerita ini merebak dari mulut ke mulut. Maka lahirlah ramai si dungu dan si bebal dalam negara Malaysia tercinta ini dek kerana kemalasan mencari fakta kerana tahunya cuma membuka Facebook dan mengurat gadis-gadis comel di dalamnya.

Alangkah ruginya apabila masih ramai akan percaya cerita yang hanya disampaikan dari mulut ke mulut tanpa bersandarkan fakta dan bukti yang kukuh. Melayu makin mundur, bukan makin mundur ekonominya, tetapi makin mundur pemikiran mereka. Melayu makin malas mencari dan mengkaji, semuanya mahu disuapkan terus ke mulut tanpa mengira apa yang disuapkan itu adalah kaca atau karat.

Apapun… Hikayat dongengan moden ini cukup mudah disangkal…

Gambar di atas hanyalah bahan fitnah yang disuapkan ke dalam minda melayu golongan dungu dan bebal ini supaya percaya apa yang dipaparkan adaah BENAR. Hakikatnya gambar tersebut cuma disadur dari sebuah laman web milik MNLF (Moro National Liberation Front).

Cukup mudah kelirukan pemikiran orang melayu… Ciplak gambar, letak ayat fitnah… Sebarkan…

Sumber: BANGSAMORO PEACE SUMMIT Barangay Pang, Kalingalan Caluang, Lupah Sug November 8, 2011