Ustaz Nasha Digugurkan Keanggotaan Dalam Majlis Syura

Ustaz Nasharuddin Mat Isa telah digugurkan keanggotaannya di dalam Majlis Syura PAS tanpa diberi peluang membela diri. Didalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu, Majlis Syura telah memutuskan untuk menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasha.

Keputusan itu dibuat atas alasan kononnya Ustaz Nasha telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS mengikut laporan Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013. Nik Muhamad Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS mengatakan bahawa selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Ustaz Nasha didakwa sebagai ‘merugikan parti’.

Apa punya keadilan yang PAS perjuangkan apabila mengugurkan keanggotaan Ustaz Nasha tanpa memberi peluang beliau membela diri? Apa pula kesalahan yang Ustaz Nasha lakukan? Hanya kerana mengikut rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza? Sepatutnya PAS berbangga kerana ada wakil PAS melihat sendiri penderitaan rakyat Palestine di Gaza. Akan tetapi PAS langsung tidak berbangga dengan Ustaz Nasha.

Bagaimana pula dengan pemimpin PAS lain yang mempunyai rekod kesalahan seksual tetapi masih kekal menjadi pemimpin? Sebut sahaja Mat Sabu… Semua pasti ingat dengan kes zina dengan isteri kawan baiknya sendiri di dalam bilik 121 Hotel Perdana. Sebut sahaja Din Puduraya… Semua pasti ingat dengan skandal zina di dalam hotel Puduraya. Mengapa mereka masih kekal tanpa dipecat. Jawapannya, kerana mereka semua mempunyai hubungan akrab dengan Anwar. Mana-mana ahli PAS yang mempunyai hubungan akrab dengan Anwar akan cepat naik pangkat… Mana-mana ahli PAS yang menentang Anwar maka, ke tong sampah la jawabnya…

Bagaimana pula dengan Nik Aziz dan Hadi Awang yang pernah bersama-sama dengan Datuk Seri Najib dalam satu majlis? Mereka juga wajar digugurkan dari jawatan Mursyidul Am dan Presiden PAS… Tindakan mereka juga boleh dilihat sebagai ‘merugikan PAS’.