Contoh Pemimpin Bahalol. Semua Benda Dia Nak Politikkan.

Inilah salah satu contoh pemimpin bodoh, bangang, bahalol dan kelabu asap… Habis semua benda nak dipolitikkan… Kehilangan adik William Yau juga nak dipolitikkan. Semua nak disalahkan Kerajaaan BN. Esok lembu beranak pun dia nak salahkan Kerajaan BN. Biawak mati kena lenyek pun nak salahkan Kerajaan BN. Anak buaya menetas pun salahkan BN… Pemimpin bahalol macam ni tak layak jadi pemimpin… Orang yang ikut akan turut jadi bahalol macam dia…

Sudah jelas kehilangan adik William Yau bukan sebab diculik atau dibawa lari oleh orang lain. Tetapi atas kecuaian ibu-bapa sendiri. eXception ingin memetik semula artikel di dalam Sinar Harian.

Pada Rabu lepas, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights dekat sini apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

Jelas di sini kecuaian ibu-bapa menjadi penyebab anaknya hilang. Sekiranya ibu-bapa membawa anaknya masuk ke kedai, mungkin perkara ini tidak akan berlaku. Sekiranya ibu-bapa menggunakan child lock pada pintu, perkara sebegini tidak akan berlaku. Apapun, kita sembang pun tak guna… Sebab yang dah berlaku tetap berlaku. Jika isu ini dipolitikkan sekalipun takkan hidupkan semula kanak-kanak itu.

Apapun, eXception ucapkan takziah kepada keluarga mendiang William Yau. Kepada ibu-bapa di luar sana, jadikan perkara ini sebaagai iktibar… Jangan tinggalkan anak anda berseorangan di dalam kereta… Pastikan ada orang dewasa yang menjaganya semasa ditinggalkan di dalam kereta… Sesal dulu pendapatan… Sesal kemudian pun takde guna nak ditangiskan lagi…

Sumber: William Yau diklasifikasi ‘orang hilang’, bukan diculik