Lebih 1000 Sokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bakal Presiden PAS

Sejumlah 1,379 pengikut fan page Isu Politik Semasa (IPS) menyokong Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS menjadi bakal Presiden PAS bagi menggantikan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan pendapat fan page IPS, rata-rata menyokong Ustaz Nasha menjadi Presiden PAS memandangkan Presiden PAS sedia ada kelihatan terlalu tunduk kepada DAP lebih-lebih lagi berkaitan isu kalimah Allah.

Malah sokongan terhadap Ustaz Nasha bukan sahaja dari kalangan penyokong PAS, malah kalangan penyokong UMNO yang menyokong cadangan pelan perpaduan antara UMNO dan PAS yang pernah disuarakan oleh Ustaz Nasha dan Tuan Guru Hj Hadi Awang dulu, turut menyokong demi menyatupadukan semula umat Islam di Malaysia.

Walaupun demikian, Tuan Guru Hj Hadi Awang segera akur dengan titah perintah Tok Garu Nik Aziz yang mana menentang dasar perpaduan antara UMNO dan PAS. Malah akibat menyokong dasar tersebut, Tuan Guru Hj Hadi pernah dipulaukan semasa pilihanraya kecil yang mana poster beliau tidak dinaikkan sebagai poster.

Demi kebaikan perpaduan sesama Islam di Malaysia, eXception juga turut menyokong cadangan Ustaz Nasha sebagai bakal Presiden PAS… Ini dilihat dengan penglibatan Ustaz Nasha dengan rombongan Datuk Seri Najib ke Gaza baru-baru ini dan ke Mekah tidak lama dahulu… Ustaz Nasha dilihat sebagai insan yang bakal membuat perubahan besar di dalam PAS dan bakal mengembalikan pengaruh ulamak memandangkan kini PAS masih dikuasai oleh mereka yang mempunyai kepentingan dan tunduk dengan dasar Anwar Ibrahim dan dasar DAP…

Sumber: Isu Politik Semasa