Puteri Kepada Seorang Sultan Ditangkap Dalam Operasi Cegah Maksiat?

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Gara-gara ingin melepaskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa dalam operasi cegah maksiat, seorang gadis sanggup mendakwa dia adalah puteri kepada seorang sultan.

Gadis berusia 26 tahun itu mendakwa sedemikian ketika ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini awal pagi ini.

Dia yang berasal dari Kapit, Sarawak turut mendakwa telah membuat satu laporan polis berhubung statusnya pada 3 November lalu.

Operasi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia itu dijalankan bagi mencegah maksiat yang dilakukan umat Islam sempena sambutan tahun baharu.

Semasa serbuan, seramai 99 wanita dikenakan tindakan kerana berpakaian menjolok mata serta diberi surat perintah hadir ke ibu pejabat Jawi pada 29 Januari ini dan jika gagal mereka akan dikenakan waran tangkap mengikut Seksyen 29 Akta 559 Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menurut Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad, keseluruhan yang dikenakan tindakan adalah 110 orang daripada kira- kira 500 pengunjung beragama Islam di pusat hiburan itu.

Katanya, mereka ditahan kerana menghalang penjawat awam, lelaki berpakaian wanita dan minum arak.

“Kesemua yang dikenakan tindakan berusia lingkungan 20 hingga 30 an dan rata-rata berasal dari luar Lembah Klang termasuk dari Kelantan, Kedah dan Johor.

“Operasi kali kedua di Jalan Doraisamy itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam berhubung pusat hiburan yang menjadi lokasi tumpuan umat Islam setiap kali sambutan tahun baharu,” katanya yang ditemui selepas operasi dijalankan.

Sumber: Utusan Malaysia

Apsal hang mengaku hang anak Sultan…

Baik hang mengaku hang anak Nik Aziz ajer…

Dah tentu hang akan terlepas…

Dah tentu hang boleh politikkan tangkapan tersebut…

Dah tentu hang akan dibela oleh barisan peguam-peguam dari DAP nanti…