Sampai Bila SKMM Mahu Terus Memperbodohkan Rakyat Malaysia?

Persoalan berkenaan kemampuan SKMM mengendalikan permohonan secara online Pakej Komunikasi Belia masih lagi dipersoalkan dan diperdebatkan. Sampai sekarang rungutan demi rungutan masih kedengaran tentang masalah pemohon yang begitu sukar untuk mengakses portal SKMM untuk memohon Pakej Komunikasi Belia dan kesukaran menghantar borang permohonan kerana setiap kali borang cuba dihantar, mesej berbunyi ‘Permohonan anda tidak dapat diproses dimasa ini. Sila cuba sekali lagi. Harap maaf.’ akan terpapar…

Bukan sekali cuba, malah banyak kali percubaan dibuat, mesej yang sama akan terus terpapar… Cukup mengecewakan… Malah ada kalangan yang memohon menyatakan Pakej Komunikasi Belia merupakan satu PEMBOHONGAN oleh KERAJAAN BARISAN NASIONAL dan PERDANA MENTERI MALAYSIA, Datuk Seri Najib Razak…

Kini SKMM yang sepatutnya membantu Kerajaan Barisan Nasional kini seolah-olah menjadi duri dalam daging Kerajaan BN… SKMM seolah-olah cuba mensabotaj dan menggagalkan pemberian rebat RM 200.00 ini… eXception tidak mahu menuding jari kepada Datuk Seri Najib, kerana beliau sudah melaksanakan tugas beliau sebagai Perdana Menteri. Sepatutnya kita perlu menyalah menteri yang bertanggungjawab kerana membiarkan SKMM menggalas tugas tersebut sendirian. Sepatutnya kementerian berkaitan mencontohi bagaimana Kementerian Kewangan mengendalikan pendaftaran BR1M 2.0 yang mana menawarkan 2 pilihan pendaftaran samaada melalui borang atau secara online. Malah, borang permohonan BR1M 2.0 juga mudah diperolehi dan dimuat turun secara terus dari Internet.

Bukan SKMM tidak menyediakan permohonan secara manual, tetapi ianya hanya boleh dibuat di Pusat Internet 1 Malaysia… Tapi berapa banyakkah Pusat Internet 1 Malaysia ni? Di manakah letaknya Pusat Internet 1 Malaysia ni?

Kemampuan SKMM mengendalikan permohonan Pakej Komunikasi Belia ini amat diragui memandangkan satu demi satu rungutan dan keluhan dari pemohon yang merasakan diri mereka tertipu dengan janji Kerajaan BN, sedangkan apa yang dijanjikan oleh YAB PM, sememangnya ditepati, akan tetapi agensi seperti SKMM ini lah yang bakal merosakkannya… Apakah wujud satu kem di dalam SKMM yang mahu mensabotaj Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang bertungkus lumus membantu rakyat?

Kepada SKMM… Jangan hanya berdiam diri… Anda WAJIB jawab kepada seluruh rakyat Malaysia, apa sebenarnya terjadi dengan permohonan online Pakej Komunikasi Belia ini?? Berdiam diri takkan mampu merawat masalah… Malah menimbulkan lebih banyak masalah pula nanti… Pohon jangan sabotaj Datuk Seri Najib!!

Lagi keluhan mereka yang merasa tertipu…

Permohonan anda tidak dapat diproses