Pakej Komunikasi Belia – Tiada Had Harga Pembelian Telefon Pintar!!

Berita baik untuk belia 1 Malaysia… Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengumumkan bahawa tidak ada had harga pembelian telefon pintar di bawah Pakej Komunikasi Belia yang ditawarkan untuk belia berusia 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan di bawah RM 3000.00 sebulan.

Jika sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia mengumumkan hanya telefon pintar di bawah harga RM 500.00 sahaja dihadkan di dalam Pakej Komunikasi Belia. Kini anda semua boleh menarik nafas lega kerana anda boleh memiliki telefon pintar idaman anda…

Walaubagaimanapun, agak mengecewakan portal SKMM masih lagi dibelenggu masalah kesesakan rangkaian dan sehingga artikel ini ditulis, portal tersebut agak sukar untuk diakses memandangkan terlalu ramai pengguna mahu mendaftar. SKMM seolah-olah tidak mempunyai inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut… Inilah aduan seorang sahabat ajukan kepada pihak SKMM…

Dan ini pula jawapan dari SKMM…

Untuk pengetahuan anda semua, sudah sepanjang hari eXception cuba akses portal tersebut, tetapi tetap gagal… Bukan sahaja eXception, malah semua pengguna mahu mengakses portal tersebut berhadapan perkara yang sama… Jadi seperti biasalah… Jawapan tipikal, mereka menyuruh kita bersabar… Tetapi lama-kelamaan kemugnkinan akan terlepas peluang untuk menikmatinya kerana pakej tersebut mungkin bukan untuk semua, tetapi lebih kepada ‘SIAPA CEPAT DIA DAPAT’… Ini cuma pendapat eXception…

Jika beginilah rupa sebuah agensi kerajaan yang tak mampu hendak memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, maka tak hairanlah mengapa ramai rakyat marahkan kerajaan, disebabkan agensi di bawah kerajaan sendiri gagal memainkan peranan yang penting.

Apapun, kepada yang belum mendaftar anda boleh mendaftar melalui link ini: Pakej Komunikasi Belia. eXception ucapkan semoga berjaya memiliki telefon pintar yang anda idamkan…

Sumber: Rebat RM200: Tiada Had Harga Beli Telefon Pintar