Sistem Perparitan Sempit Dan Tidak Terurus Punca Banjir Kilat Di Kuantan?

Banjir kilat yang melanda bandar Kuantan petang semalam merupakan kejadian kedua selepas perkara yang sama berlaku pada Disember tahun lepas. Kedudukan Bandar Kuantan yang terletak di tepi Sungai Kuantan adalah satu perkara yang mustahil perkara ini boleh berlaku kecuali paras air Sungai Kuantan naik hingga ke atas.

Akan tetapi banjir yang berlaku semalam mungkin berpunca dari sistem perparitan yang tidak sempurna dan terlalu sempit untuk menampung jumlah hujan yang turun semalam. Sepatutnya Majlis Perbandaran Kuantan belajar dari peristiwa yanga berlaku pada tahun yang lepas. Sistem perparitan perlu dipastikan tidak tersekat dengan sampah sarap.

Selain itu Jabatan Pengairan dan Saliran juga perlu mengambil inisiatif untuk membuat sistem perparitan yang lebih besar untuk menampung jumlah hujan jika berlakunya banjir. Dengan kedudukan Pusat Bandar Kuantan di kawasan yang landai, memudahkan lagi banjir berlaku.

Parit besar yang terdapat di tengah bandar masih tidak cukup besar. Satu inisiatif perlu dilakukan segera untuk membina parit yang lebih besar atau sistem terowong banjir yang mengalirkan air terus ke Sungai Kuantan. Tidak perlu dibina sebesar terowong SMART. Cukup sekadar ianya memudahkan aliran air dari parit terus mengalir ke dalam Sungai Kuantan…

Diharap kejadian banjir kilat ini tidak lagi berlaku di Kuantan pada tahun hadapan. Sepatutnya MPK perlu belajar dari peristiwa yang lepas. Jangan diulang lagi perkara ini pada tahun hadapan.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Kuantan juga gagal memainkan peranan yang penting bagi memastikan Bandar Kuantan bebas dari banjir kilat. Jangan asyik sibuk dengan demonstrasi di sana-sini sehingga tugas sebenar anda diabaikan. Untuk apa anda dipilih oleh rakyat?? Adakah untuk berdemo siang dan malam?? Adakah untuk meraih mileage politik?

Advertisements