Amaran!! Pantai Timur Mula Dilanda Banjir!!

Amaran hujan lebat peringkat jingga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi semalam untuk semua negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) manakala amaran peringkat jingga dikeluarkan untuk negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Daerah Mersing dan Kota Tinggi).

Di bawah adalah rekod bacaan jumlah hujan yang turun pada tengah malam 24 Disember 2012 di negeri-negeri berikut…

Kelantan

Terengganu

Pahang

Untuk negeri Johor pula hanya di Endau/Mersing dan Kota Tinggi sahaja mencatatkan rekod sebanyak 150 ke atas.

Sebagai persediaan menghadapi banjir. Bagi mereka yang berada di kawasan rendah dan biasa dilanda banjir, sila pastikan rekod-rekod diri anda dan keluarga disimpan dengan baik dan perlu di bawa bersama ke pusat pemindahan banjir sekiranya diarahkan berpindah.

Pastikan barangan elektrik anda diletakkan ditempat yang tinggi, seperti di atas almari atau loteng, bagi mengelakkan kerosakan yang besar.

Patuhi arahan untuk berpindah ke pusat pemindahan. Jangan menangguhkannya hingga ke saat-saat akhir di mana ketika paras air mulai meningkat mendadak.