Mutu Pengadilan Perlawanan Separuh Akhir Amat Mengecewakan

Amat mengecewakan dengan mutu pengadilan dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki di Bangkok semalam. Ramai kalangan rakyat Malaysia dapat melihat dengan jelas di kaca tv mahupun di stadium yang mana pengadil dari Korea Selatan kerap melakukan tindakan yang menimbulkan kontroversi yang dikaitkan dengan rasuah.

Pengadil Lee Min Hu dikecam dengan hebat oleh rakyat Malaysia di dalam media sosial, tak kira di dalam Facebook, Twitter, mahupun blog… Tindakan yang berat sebelah itu sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pasukan Thailand…

Seperti kita sedia maklum, Thailand antara negara yang mengalami masalah rasuah yang tertinggi berbanding Malaysia… Maka tak hairanlah jika pengadil pun mereka sanggup suap sampai kenyang…

Mungkin selepas perlawanan, 3 Siam Doll sudah menanti di dalam bilik hotel pengadil tersebut… Atau mungkin juga 3 beg bimbit penuh berisi wang sudah menanti di dalam bilik hotel… Siapa tahu??

Banyak kad kuning dan merah dilayangkan kepada pemain Malaysia. Walaupun jelas kekasaran berpunca dari pemain Thailand…

Jika beginilah mutu sukan di Thailand yang hanya bergantung harap kepada pengadil yang dirasuah, sampai bila pun sukan di Thailand takkan maju…

Diharapkan FAM segera melaporkan perkara ini kepada FIFA supaya pengadil tersebut segera dipecat.

Apapun bagi eXception… Biar kalah secara bermaruah… Dari menang kerana rasuah…

Mungkin di bawah cara yang sesuai mengajar pengadil yang rasuah ni…

Dengar cerita Lee Min Hu ni pernah banyak melakukan kontroversi betul ke??

Cerita Benar Lee Min Hu ??, Pengadil Malaysia vs Thailand #HarimauMalaya #AFFSuzuki