Panas!! Malaysia Export Minyak Sawit Dan Sarung Tangan Ke Israel!?

Kecoh 1 Malaysia kononnya Malaysia eksport minyak sawit dan sarung tangan getah ke Israel. Yang bikin kecohnya tak lain pemimpin pembangkang la… Biasalah dah takde kerja… Maka kerjanya dok menyalak la…

Apapun bagi merungkaikan isu ini, eXception mengakui MEMANG BENAR Malaysia eksport minyak sawit dan sarung tangan ke Israel…

Akan tetapi yang akan menerima minyak sawit dan sarung tangan itu bukan Israel tapi Palestin. Pelik bukan? Kejap kata eksport ke Israel. Kejap kata rakyat Palestin yang dapat.

Di sini eXception ingin terangkan, ruang udara Gaza adalah kawasan larangan terbang. Bermakna sebarang objek yang terbang di ruang udara Gaza tak kiralah kapal terbang, helikopter, UFO, Superman, belon panas dan lain-lain, kecuali burung akan ditembak jatuh oleh Israel… Malah jalan laut untuk ke Palestin juga disekat oleh Israel… Maka mahu tak mahu, setiap bekalan makanan, ubat-ubatan dihantar kepada rakyat Palestin melalui Pelabuhan Ashdod di Israel…

Ini adalah berpunca dengan sikap pemimpin Mesir yang menutup sempadan Rafah, telah menghalang eksport melalui Rafah. Sekiranya pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah tidak ditutup, maka mudahlah bekalan dihantar melaluinya.

Sarung tangan getah pula adalah untuk kegunaan hospital di Palestin. Ianya adalah sarung tangan getah pakai buang yang biasa digunakan di hospital-hospital.

Sebenarnya niat pemimpin Pakatan Rakyat membangkitkan isu ini ialah bagi menambahkan kebencian rakyat terhadap pemimpin Barisan Nasional. Sekaligus membantutkan bekalan makanan dan ubat-ubatan dihantar kepada rakyat Palestin. Mereka sudah tentu suka jika rakyat Palestin terus disekat dari mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan dari Malaysia, kerana pemimpin agung Pakatan Rakyat merupakan orang yang secara terbuka menyokong Israel…

Maka apabila usaha menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan ini terbantut, maka usaha pemimpin Pakatan Rakyat bagi memastikan keselamatan negara haram Israel tercapai… Lebih-lebih lagi apabila semakin ramai rakyat Palestin mati akibat kebuluran dan kecederaan yang tidak dirawat.

Artikel Berkaitan:

TERKINI: ANAK TUN MAHATHIR MENGAKU ADA EXPORT MINYAK SAWIT KE ISRAEL

Lagi Bukti Felda Jual Minyak Sawit Ke….. Israel!!!