Panas!! Thailand Minta Bantuan Malaysia??

Selepas Filipina, kini Thailand pula meminta bantuan Malaysia bagi menamatkan konflik Wilayah Selatan negara tersebut.

Perkara tersebut disuarakan oleh Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dalam satu perjumpaan dengan Datuk Seri Hj Najib Razak baru-baru ini.

Ini merupakan satu penghargaan buat Malaysia selepas kejayaan menamatkan konflik antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina dengan termetrai perjanjian damai antara kedua-dua entiti tersebut dan disaksikan sendiri oleh Datuk Seri Hj Najib Razak.

Tindakan Perdana Menteri Thailand itu, untuk segera menamatkan konflik Wilayah Selatan tersebut merupakan satu langkah bijak bagi mengelakkan pertumpahan darah berterusan berlaku.

Sumber: Thailand minta bantuan Malaysia