Terima Kasih Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz

eXception mengucapkan syabas dan terima kasih atas kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah atas sumbangan 5000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia kepada penyokong bola sepak Kelantan di Tanah Merah.

Malah beliau juga turut menyediakan bas untuk membawa para penyokong Kelantan serta sedikit duit poket. Selain itu Datuk Ikmal Hisham juga turut menaja makan dan minum bagi penyokong yang menonton di skrin besar di kampung-kampung sekitar Tanah Merah.

Kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham mengagumkan eXception. Diharap pada masa akan datang Datuk Ikmal Hisham terus dipilih untuk berkhidmat kepada penduduk Tanah Merah. eXception juga doakan semoga Datuk Ikmal Hisham tercalon menjadi calon Barisan Nasional bagi mewakili penduduk Tanah Merah.

Jika dibandingkan kemurahan MB Kelantan menaja peserta BERSHIT, kemurahan hati Datuk Ikmal Hisham lebih menjadi sanjungan penduduk Tanah Merah. Tahniah Datuk Ikmal Hisham!! Teruskan berkhidmat demi rakyat… Semoga Allah memberikan rezeki berlipat kali ganda kepada Datuk Ikmal… Amin…

Advertisements