Malaysiakini Mainkan Persepsi Isu Kenaikan Tarif Elektrik?

Seperti biasa, Malaysiakini bermain dengan persepsi dengan membuat andaian kononnya akan berlaku kenaikan tarif elektrik pada bulan November. Walaupun Malaysiakini tidak menyatakan dengan jelas, tetapi ramai blogger bangang di luar sana secara semberono mempercayai apa yang disampaikan oleh Malaysiakini… Yang menghairankan, hanya Malaysiakini yang memaparkan berita ini, akhbar-akhbar lain tidak menyiarkannya hatta Bernama sekalipun.

Malaysiakini menyebarkan berita di atas dipercayai untuk mengaburi isu dana George Soros dan ramai kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai akal setengah masak mempercayai bulat-bulat. Hakikatnya tarif elektrik sudah dinaikkan sejak bulan Jun yang lepas, tetapi hanya melibatkan pengguna bukan domestik sahaja. Pengguna domestik terkecuali dari kenaikan ini.

Kebijaksanaan Malaysiakini memutar belitkan berita temuramah Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dengan Sin Chew Daily dengan menokok tambah berita, wajar dipuji. Kerana dengan cara itu Malaysiakini terus dapat memanipulasi pemikiran rakyat Malaysia yang kebanyakannya mempunyai akal setengah masak…

Apa yang pasti tahun ini tidak akan berlaku kenaikan tarif elektrik untuk pengguna domestik kerana Perdana Menteri kita tak pernah umumkan semasa pembentangan Bajet 2013 tempoh hari. Berhati-hati apabila menyebarkan satu berita yang kita tak pasti

Sumber: Tarif elektrik naik…tapi tak libatkan 4.4 juta pengguna domestik