AES Akan Beroperasi Bermula Hari Ini


Smile!!! You are on candid camera!!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok.

Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokas
i bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.

Pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

“Orang ramai harus melihat pelaksanaan AES sebagai cara untuk mendidik pengguna jalan raya, bukan untuk memberi lebih kuasa kepada JPJ untuk keluarkan saman,”

Pengguna jalan raya boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut. Kamera yang merakam kesalahan memandu melebihi had laju, papan tanda akan diletakkan dalam lingkungan dua kilometer dari lokasi kamera AES dipasang.

“Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula, papan tanda akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.

“Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk senarai lokasi pemasangan kamera AES di laman web JPJ iaitu http://www.jpj.gov.my,”

Pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES boleh mengajukan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Kawalan AES di talian 03-7846 4400 bagi negeri Perak dan 03-7628 8268 untuk negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.


Lokasi AES seluruh Malaysia


Nota: Pemasangan sistem AES ini bukanlah mahu membebankan rakyat, tetapi ianya mahu mendidik rakyat supaya mematuhi undang-undang jalanraya. Sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan lagi kes kemalangan akibat kenderaan dipandu melebihi had laju. Jika banyak berlaku kes kemalangan, kerajaan juga akan dipersalahkan. Bila kerajaan bertegas dengan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan dikata zalim pula.

Advertisements